Monday 26 December 2011

Adakah Isteri Perlu Dipukul???

Islam melarang dengan keras seseorang memukul isterinya seperti memukul hamba abdi, ini bertentangan dengan kesucian Islam sebagai agama yang selamat. Islam mengajar kepada umatnya agar berlemah lembut dan bertimbang rasa didalam segala hal, terutama sekali didalam perkara-perkara yang berhubung dengan rumah tangga. 

Dalam kes pukul isteri di Malaysia pulak yang paling banyak adalah dari kaum India, yang kedua kaum Melayu dan ketiga kaum China. Selalunya kaum India yang paling top dalam kes memukul isteri mereka kerana yang terjadi diperingkat keluarga yang sederhana terutama sekali suami yang kaki mabuk.. Apabila balik rumah dalam keadaan mabuk habis semua anak dan isteri menjadi mangsa. Suami yang mabuk selalunya ganas. Pantang ditegur sikit. Mula naik tangan kat muka isteri. Anak yang nak tolong emaknya kadang-kadang pun terkena tempiasnya sekali. 

Bagi kaum Melayu pulak yang terjadi kes pukul isteri kerana beberapa sebab. Kes suami mabuk pukul isteri jarang kita dengar. Yang selalu berlaku kes adalah kes cemburu. Kes suami nak kahwin lain. Baru-baru ini berita seorang artis menghilangkan diri dari polis kerana selalu pukul isteri. Isteri dah tak tahan lagi, habis muka dan seluruh badan lebam dipukul, disepak, ditumbok dan diterajang suaminya. 

Sabda Rasulullah dalam hadis yang bermaksud : 

"Sesempurna iman orang2 mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya".Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim. 

"Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia (suami) merasa malu". Riwayat Imam Ibnu Saad. 

Sebab-sebab isteri kena pukul

1. Bila ditegur oleh suaminya, isteri melawan balik. 

2. Mengulangi lagi kesalahan yang sama seperti keluar rumah tanpa kebenaran suami. 

3. Selalu mempelekeh suami sendiri dan membangga suami orang lain. 

4. Menolak permintaan suami untuk bersama. 

5. Suami kena sihir Tafriq. 

6. Suami yang penagih dadah. 

7. Suami yang cepat panas baran. 

8. Suami yang sakit mental. (Gila isim) 

9. Suami yang hilang kawalan dalam pertengkaran yang serious. 

10. Suami yang kaki buli. 

11. Suami yang kaki judi poker. 

12. Suami yang kuat cemburu. 

13. Suami gagal dalam hidup (loser). 

14. Suami nak kahwin lain tetapi ditentang oleh isteri. 

15. Suami yang keturunan pukul isteri. Bapanya selalu pukul emaknya. 

Selalunya suami yang gemar memukul isterinya adalah seorang yang pengecut. Kalau diajak bertumbok dengan suami ini, mereka ini sebenarnya penakut. Yang mereka hanya berani pukul isteri dan anak-anaknya sahaja. Penulis pernah diminta tolong oleh seorang kawan kerana menantunya selalu pukul anak perempuannya. Kawan ini pernah menasihat menantunya tetapi tidak dipedulikan. Salah sikit habis satu badan disepak dan diterajang oleh suaminya. Penulis menasihatkan jangan diulang perbuatan terkutuk ini. 

Penulis pernah jumpa suami yang muka macam "bounser" mereka ini kebanyakan suami yang sayang isteri. Kadang-kadang kat luar macam "gangster" tapi kat rumah pijak semut tak mati. Punya sayang isteri sampai kadang-kadang nak tergelak dengan keadaan mereka ini. Bila isteri marah pasal hisap rokok bersambung puting. Mereka ini lari ke depan rumah untuk merokok. 

Sekiranya berlaku salah sangka atau pun mengesyaki sesuatu yang kurang baik terhadap isteri. Maka janganlah mengambil tindakan yang keterlaluan terhadapnya atau menuduhnya, atau memaki hamunnya, dengan mengeluarkan kata2 yang kesat yang boleh menyebabkan rasa hormat isteri terhadap suami akan berkurangan. 

Sebaiknya hendaklah segera kembali kepada Allah SWT dan rujuklah kepada Al-Quran, didalamnya terdapat ubat yang paling mujarab yang dapat mengatasi segala masalah tanpa menghadapi apa-apa kerugian baik dari segi kewangan atau fizikal. (tak payah nak pakai lawyer dan sebagainya). 

Dalam surah An Nisa' ayat 34-35 Allah menerangkan : 

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. 

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya. 

Begitulah ajaran Allah SWT terhadap hamba-hambanya yang mahu beriman. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 

"Seburuk2 yang halal kepada Allah ialah Thalak..." Hadis riwayat Imam Abu daud dan Ibnu Majah. 

Pukulan yang ringan menandakan kasih sayang supaya memberi insaf kepada isteri. Pukulan itu hendaknya tidak mengeluarkan darah atau pecah, terutama sekali dikawasan muka isteri. Pukulan dimuka adalah dilarang samasekali. Rata-ratanya ramai suami yang melakukan perbuatan yang melampaui batas ini. 

Bertaubatlah dan insaflah terhadap apa yang kita lakukan terhadap seseorang yang kita sayang dari mula alam perkahwinan. Pukulan yang tidak mendatangkan faedah lagi menyiksakan makhluk yang lemah ini mendatangkan haram dan murka Allah SWT. 

Maka berpisahlah dengan baik kerana Allah SWT. Sekiranya seorang isteri itu meminta "Talak" kepada suami tanpa sebarang sebab yang di HALALkan oleh Syarak. maka Haramlah isteri tersebut mencium bau Syurga. Apatah lagi memasuki Syurga. Kalau derhaka kepada suami melalui kata-kata kesat, maka digunting 

lidahnya didalam Neraka dan akan dituang kedalam mulutnya dari air Neraka yang mendidih. 

Semuga kita ambil iktibar dan insaf akan dosa-dosa kita yang banyak. Kerana kita hidup bukan lama sangat. Yang kekal abadi nanti hanyalah di akhirat

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...