Wednesday 28 December 2011

Warga Terkejut Mayat Bayi Dalam Perigi



KOTA BHARU – Hasrat seorang warga emas untuk membersihkan diri selepas membuang air besar terbantut apabila menemui mayat seorang bayi diletakkan dalam sebuah beg yang ditemui terapung di dalam perigi sedalam kira-kira lima meter.

Seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini untuk menoreh.
Menurutnya, sebaik tiba di kebun, perutnya tiba-tiba sakit dan dia ke kawasan semak untuk membuang air besar sebelum ke perigi tersebut untuk membersihkan diri.
“Ketika saya cuba mengambil air menggunakan baldi yang diikat dengan tali, saya ternampak sebuah beg pakaian di dalamnya. Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg tersebut belum ada.

“Saya terpaksa dapatkan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut kerana perigi tersebut agak dalam dan selepas berjaya membawa naik beg tersebut alangkah terkejutnya apabila saya mendapati mayat seorang bayi berada di dalamnya,” ceritanya ketika ditemui semalam.

                                                                                                                              Sumber Dari :- Kosmo

Read more...

Orang Minyak Mengganas Di Gombak!!!

 

GOMBAK – Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak, sebuah keluarga di Kampung Laksamana dekat sini terpaksa meninggalkan rumah mereka buat sementara waktu bermula Sabtu lalu.

Mangsa, Kamal Bahari Satar, 36, berkata, keputusan itu diambil selepas keluarga diganggu orang minyak selama lima hari berturut-turut.

“Adik ipar yang datang ke sini tidak tahan selepas diganggu oleh orang minyak yang muncul beberapa kali di dalam dan luar rumah,” katanya ketika ditemui semalam.

Anehnya kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja.

Menurutnya, kejadian kemuncak berlaku awal pagi Sabtu lalu apabila orang minyak tersebut bertindak mengunci pintu rumah dari dalam sewaktu ahli keluarganya berada di dalam rumah.

“Apa yang pasti, lembaga itu yang bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut. Makhluk itu kemudiannya masuk ke rumah sebelah dan kelibatnya disaksikan oleh isteri jiran saya sendiri,” katanya.


Read more...

Tuesday 27 December 2011

Menara Kembar Petronas




Menara Berkembar PETRONAS (menurut ejaan rasmi) di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar PETRONAS masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996. 

Perbandingan dengan bangunan tinggi lain 

Deretan lakaran bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2010. Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH), menetapkan Menara Berkembar Petronas sebagai bangunan tertinggi didunia pada tahun sejak 1998, namun tahun 2004, gelaran tersebut disandang oleh Taipei 101. Menara Willis tidak dikira sebagai bangunan yang lebih tinggi dari Menara Berkembar Petronas, kerana antenna tidak termasuk dalam perhitungan ketinggian sesebuah bangunan tertinggi, sebaliknya puncak (spires) dikira.

Syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas, bertekad untuk membina bangunan tertinggi dunia. Walaupun bangunan lain seperti Menara Searspinnacle) lebih tinggi, dan atap yang lebih tinggi, puncak (spires) Menara Berkembar PETRONAS menjulang sehingga 452 meter (1483 kaki) — tertinggi sehinggalah Taipei 101. Mengambil kesempatan berkenaan peraturan mengenai ukuran bangunan (mengira puncak (spires) tetapi menolak antena) telah menimbulkan banyak kontrovesi di atas dakwaan Menara Berkembar PETRONAS sebagai gelaran menara tertinggi dunia.


Kejadian pertama menggunakan puncak (spire) untuk meningkatkan tinggi diwartakan sesebuah bangunan adalah apabila Bangunan Chrysler didirikan. Puncak tersebut dibina secara rahsia bagi membolehkan Bangunan Chrysler berdiri lebih tinggi berbanding Bangunan Bank Of Manhattan.

Pembinaan 

Menara Berkembar PETRONAS dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.

Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.

Untuk membuat tapak Menara Berkembar PETRONAS, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.

Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.
Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM270 juta.

Kemudahan 

Menara Berkembar PETRONAS 

Di bawah Menara Berkembar PETRONAS merupakan kompleks membeli-belah popular, dikenali sebagai Suria KLCC. 

Taman KLCC 

Di luar bangunan terdapat sebuah taman yang di reka bentuk oleh Pasukan Pembangunan Taman, Projek Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC). Di taman ini terdapat kolam air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural. 

Surau 

Terdapat juga sebuah surau yang dibina untuk kegunaan orang ramai. Surau ini didirikan berasaskan seni bina Islam dan mampu menampung sehingga 6,000 jemaah. Terdapat juga Masjid Asy-Syakirin KLCC yang terletak bersebelahan dengan bangunan KLCC. 

Jambatan angkasa 

Menara Berkembar PETRONAS mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat. 

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia.Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, dan juga dikenali sebagai KLCC. 

Penyewa Menara Berkembar Petronas 

Menara Satu diduduki sepenuhnya oleh Petronas, anak-anak syarikat Petronas dan syarikat – syarikat yang berkaitan dengannya. Ruang pejabat di Menara Dua tersedia untuk disewa bagi syarikat lain. Microsoft mempunyai pejabat di tingkat 29 dan 30 di menara dua. Penyewa – penyewa yang lain termasuklah: 

· Accenture 

· Al Jazeera English 

· Bloomberg 

· Boeing 

· Exact Software 

· IBM 

· Khazanah Nasional Berhad 

· McKinsey & Co 

· Microsoft 

Pengaruh luar 

· Dalam siri kartun Totally Spies yang bertajuk Man or Machines. Sam, Clover dan Alex telah pergi ke Menara Berkembar PETRONAS untuk melakukan misi menyelamatkan lif itu bergerak sangat laju. 

· Dalam filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones. 

· Dalam siri kartun Jackie Chan episod 58 yang bertajuk ‘When Pigs Fly’

                                                                                                      Sumber Dari :- Berita Harian Online

Read more...

Sejarah Pembinaan Kaabah


Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s pergi ke Mekah untuk membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail as :

"Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku satu perkara" Lalu Nabi Ismail a.s berkata: "Lakukanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kamu" Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu" Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di Mekah, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya."

Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah Yang bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Terimalah amal kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka isi kandungan al-Quran serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa mereka dari perbuatan syirik dan maksiat. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

Sehinggalah Allah SWT menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada mereka berdua. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah dengan keadaan : 

1. Tinggi Kaabah sembilan hasta. 

2. Panjang dari paras bumi atau dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam adalah sepanjang 32 hasta. 

3. Lebar Kaabah dari bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat adalah seluas 22 hasta. 

4. Panjang dari paras bumi bermula sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman adalah sepanjang 31 hasta. 

5. Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad adalah seluas 20 hasta. 

6. Nabi Ibrahim telah membina pintu Kaabah rapat ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba' Al-Humairi telah membina sebuah pintu dan meninggikannya. 

7. Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah satu binaan sempurna yang mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun.

                                                                                                            Sumber Dari:- Ustaznoramin.com

Read more...

Dari Janin 15 Minggu Ianya Mampu Menjadi Bayi Yang Sempurna..Besarnya Kuasa Allah..

9 (Gambar)Dari Janin 15 Minggu Ianya Mampu Menjadi Bayi Yang Sempurna..Besarnya Kuasa Allah..

Betapa besarnya kuasa Allah yang boleh menghidup dan mematikan manusia..Siapa sangka Janin yang baru saja berusia 15 minggu(105 ari) mampu hidup sehingga boleh di panggil bayi..Bayangkanlah jika manusia menggugurkan bayi pada usia janin itu 15 minggu sudah pasti bayi itu bernyawa..

1 (Gambar)Dari Janin 15 Minggu Ianya Mampu Menjadi Bayi Yang Sempurna..Besarnya Kuasa Allah..

Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

2 (Gambar)Dari Janin 15 Minggu Ianya Mampu Menjadi Bayi Yang Sempurna..Besarnya Kuasa Allah..

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….


Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.

4 (Gambar)Dari Janin 15 Minggu Ianya Mampu Menjadi Bayi Yang Sempurna..Besarnya Kuasa Allah..

Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?


6 (Gambar)Dari Janin 15 Minggu Ianya Mampu Menjadi Bayi Yang Sempurna..Besarnya Kuasa Allah..

7 (Gambar)Dari Janin 15 Minggu Ianya Mampu Menjadi Bayi Yang Sempurna..Besarnya Kuasa Allah..

Hidup dan mati adalah ketentuan Illahi jadi kita seharusnya berdoa agar dipanjangkan umur..Daripada janin, manusia cuba untuk menyelamatkan nyawa bayi tetapi mengapa ada diantara kita sanggup menggugurkan kandungan sedangkan mereka tahu janin mereka sudah mempunyai nyawa..Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dari kejadian ini…Apa pendapat anda??

                                                                      Sumber Dari :- ohduniaku.com- Kredit to ohduniaku.com

Read more...

Monday 26 December 2011

Adakah Isteri Perlu Dipukul???

Islam melarang dengan keras seseorang memukul isterinya seperti memukul hamba abdi, ini bertentangan dengan kesucian Islam sebagai agama yang selamat. Islam mengajar kepada umatnya agar berlemah lembut dan bertimbang rasa didalam segala hal, terutama sekali didalam perkara-perkara yang berhubung dengan rumah tangga. 

Dalam kes pukul isteri di Malaysia pulak yang paling banyak adalah dari kaum India, yang kedua kaum Melayu dan ketiga kaum China. Selalunya kaum India yang paling top dalam kes memukul isteri mereka kerana yang terjadi diperingkat keluarga yang sederhana terutama sekali suami yang kaki mabuk.. Apabila balik rumah dalam keadaan mabuk habis semua anak dan isteri menjadi mangsa. Suami yang mabuk selalunya ganas. Pantang ditegur sikit. Mula naik tangan kat muka isteri. Anak yang nak tolong emaknya kadang-kadang pun terkena tempiasnya sekali. 

Bagi kaum Melayu pulak yang terjadi kes pukul isteri kerana beberapa sebab. Kes suami mabuk pukul isteri jarang kita dengar. Yang selalu berlaku kes adalah kes cemburu. Kes suami nak kahwin lain. Baru-baru ini berita seorang artis menghilangkan diri dari polis kerana selalu pukul isteri. Isteri dah tak tahan lagi, habis muka dan seluruh badan lebam dipukul, disepak, ditumbok dan diterajang suaminya. 

Sabda Rasulullah dalam hadis yang bermaksud : 

"Sesempurna iman orang2 mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya".Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim. 

"Tergamakkah seseorang kamu memukul isteri sepertimana memukul seorang hamba abdi, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia (suami) merasa malu". Riwayat Imam Ibnu Saad. 

Sebab-sebab isteri kena pukul

1. Bila ditegur oleh suaminya, isteri melawan balik. 

2. Mengulangi lagi kesalahan yang sama seperti keluar rumah tanpa kebenaran suami. 

3. Selalu mempelekeh suami sendiri dan membangga suami orang lain. 

4. Menolak permintaan suami untuk bersama. 

5. Suami kena sihir Tafriq. 

6. Suami yang penagih dadah. 

7. Suami yang cepat panas baran. 

8. Suami yang sakit mental. (Gila isim) 

9. Suami yang hilang kawalan dalam pertengkaran yang serious. 

10. Suami yang kaki buli. 

11. Suami yang kaki judi poker. 

12. Suami yang kuat cemburu. 

13. Suami gagal dalam hidup (loser). 

14. Suami nak kahwin lain tetapi ditentang oleh isteri. 

15. Suami yang keturunan pukul isteri. Bapanya selalu pukul emaknya. 

Selalunya suami yang gemar memukul isterinya adalah seorang yang pengecut. Kalau diajak bertumbok dengan suami ini, mereka ini sebenarnya penakut. Yang mereka hanya berani pukul isteri dan anak-anaknya sahaja. Penulis pernah diminta tolong oleh seorang kawan kerana menantunya selalu pukul anak perempuannya. Kawan ini pernah menasihat menantunya tetapi tidak dipedulikan. Salah sikit habis satu badan disepak dan diterajang oleh suaminya. Penulis menasihatkan jangan diulang perbuatan terkutuk ini. 

Penulis pernah jumpa suami yang muka macam "bounser" mereka ini kebanyakan suami yang sayang isteri. Kadang-kadang kat luar macam "gangster" tapi kat rumah pijak semut tak mati. Punya sayang isteri sampai kadang-kadang nak tergelak dengan keadaan mereka ini. Bila isteri marah pasal hisap rokok bersambung puting. Mereka ini lari ke depan rumah untuk merokok. 

Sekiranya berlaku salah sangka atau pun mengesyaki sesuatu yang kurang baik terhadap isteri. Maka janganlah mengambil tindakan yang keterlaluan terhadapnya atau menuduhnya, atau memaki hamunnya, dengan mengeluarkan kata2 yang kesat yang boleh menyebabkan rasa hormat isteri terhadap suami akan berkurangan. 

Sebaiknya hendaklah segera kembali kepada Allah SWT dan rujuklah kepada Al-Quran, didalamnya terdapat ubat yang paling mujarab yang dapat mengatasi segala masalah tanpa menghadapi apa-apa kerugian baik dari segi kewangan atau fizikal. (tak payah nak pakai lawyer dan sebagainya). 

Dalam surah An Nisa' ayat 34-35 Allah menerangkan : 

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. 

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya. 

Begitulah ajaran Allah SWT terhadap hamba-hambanya yang mahu beriman. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 

"Seburuk2 yang halal kepada Allah ialah Thalak..." Hadis riwayat Imam Abu daud dan Ibnu Majah. 

Pukulan yang ringan menandakan kasih sayang supaya memberi insaf kepada isteri. Pukulan itu hendaknya tidak mengeluarkan darah atau pecah, terutama sekali dikawasan muka isteri. Pukulan dimuka adalah dilarang samasekali. Rata-ratanya ramai suami yang melakukan perbuatan yang melampaui batas ini. 

Bertaubatlah dan insaflah terhadap apa yang kita lakukan terhadap seseorang yang kita sayang dari mula alam perkahwinan. Pukulan yang tidak mendatangkan faedah lagi menyiksakan makhluk yang lemah ini mendatangkan haram dan murka Allah SWT. 

Maka berpisahlah dengan baik kerana Allah SWT. Sekiranya seorang isteri itu meminta "Talak" kepada suami tanpa sebarang sebab yang di HALALkan oleh Syarak. maka Haramlah isteri tersebut mencium bau Syurga. Apatah lagi memasuki Syurga. Kalau derhaka kepada suami melalui kata-kata kesat, maka digunting 

lidahnya didalam Neraka dan akan dituang kedalam mulutnya dari air Neraka yang mendidih. 

Semuga kita ambil iktibar dan insaf akan dosa-dosa kita yang banyak. Kerana kita hidup bukan lama sangat. Yang kekal abadi nanti hanyalah di akhirat

Read more...

Kumpulan Doa

Do'a Sehari-hari

Do'a - do'a ini disusun berurutan berdasarkan kejadian yang kita alami sejak bangun tidur pada pagi hari sampai tidur kembali pada malam harinya. Do'a disini tanpa ada do'a yang berhubungan dengan ibadah karena akan disajikan di halaman

1.     Do'a Ketika Bangun Tidur
"Alhamdu lillahil-ladzi ahyaanaa ba'da maa amaatana wailaihin - nusyuur" artinya : "Segala Puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati/tidur kami, dan kepada-Nya kami kembali"
 
2.     Do'a Ketika Mimpi Baik
"Alhamdulillahil-ladzii qadlaa haajati" Artinya : "Segala puji bagi Allah yang telah memberi hajatku"
 
3.     Do'a Ketika Mimpi Buruk
"Allahumma inni a''uuzu bika min 'amalisysyaithaani wa sayyiaatil ahlaami" Artinya : "Yaa Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan setan dari mimpi-mimpi yang buruk"
 
4.     Do'a Sebelum Masuk WC
"Bismillahi, Allaahhumma innii a'uudzu bika Minal khubutsi wal khabaaitsi"Artinya : "Dengan nama Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan para setan"
 
5.     Do'a Setelah keluar WC
"Alhamdu lillahil-ladzii adz-haba maa yu'dziannii wa abqaa fiyya maa tanfa'unii" Artinya : "Segala Puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyisakan apa yang bermanfaat bagiku."
 
6.     Do'a Hendak Berpakaian
"Bismillahari rahmaanir rahim. Allaahumma inni as-asluka min khairihi wa khairi maa huwalahu wa a'uudzu bika min syarrihi wa syarri maa humalahu" Artinya : "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yaa Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikan pakaian ini, dan kebaikan sesuatu yang ada dipakaian ini. Dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan pakaian ini dan sesuatu yang ada dipakaian ini"
 
7.     Do'a Ketika bercermin
"Al hamdulillaahil ladzi sawwaa khalqi fa'adda=lahu wa karramahu shurata wajhi fa nahaa wa ja'alani minal muslimin" Artinya : "Segala puji bagi Allah yang menyempurnakan kejadiaanku dan memperindah dan memuliakan rupaku lalu membaguskannya dan menjadikan aku muslim"
 
8.     Do'a Sebelum Makan
"Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar"Artinya : "Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa api neraka"
 
9.     Do'a Sesudah Makan
"Alhamdu lillahhil-ladzi ath-amanaa wa saqaana waja'alanaa muslimiin" Artinya : "Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami memeluk agama islam"
 
10. Do'a Keluar Rumah
"Bismillahi tawakkaltu 'alallah wa laa haula walaa quwwata illaa billaahi" Artinya : "Dengan nama Allah aku berserah diri kepada-Nya, dan tiada upaya kecuali dengan pertolongan Allah"
 
11. Do'a Berpergiaan
"Allahumma hawwin 'alainaa safaranaa hadzaa wathwi annaa bu'dahuu, Allahumma antashshaahibu fis-safari wal khaliifatu fil ahli"Artinya : "Ya Allah, mudahkanlah kami berpergian ini, dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah yang menemani dalam berpergian, dan Engkau pula yang melindungi keluarga"
 
12. Do'a Naik Kendaraan Darat
"Subhaanal ladzi sakhkhara lanaa haadzaa wamaa kunnaa lahu muqrinina wa innaa ilaa rabbinaa lamunqalibuuna" Artinya : "Maha suci Tuhan yang memudahkan ini kendaraan bagi kami, sedangkan kami tiba bisa memudahkan kepada-Nya, dan kepada Allah kami kembali"
 
13. Do'a Naik Kendaraan Laut
"Bismillaahi majraahaa wa mursaahaa innaa rabbi laghafuurur rahimu" Artinya : "Dengan nama Allah, yang menjalankan kendaraan ini berlayar dan berlabuh, sesungguhnya Tuhanku Pemaaf lagi Pengasih"
 
14. Tiba ditempat Tujuan
"Al hamdulillaahil ladzi salamani walladzi aawani wal ladzi jama'asy syamla bi" Artinya : "Segala puji bagi Allah, yang telah menyelamatkan akau dan yang telah melindungiku dan yang mengumpulkankanku dengan keluargaku"
 
15. Do'a Hendak Masuk Rumah
"Allaahumma inni as-aluka khairal-muulaji wa khairal mukhroji bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa-alallaahi rabbina tawak-kalnaa" Artinya : "Yaa Allah, aku minta kepada-Mu baiknya runah yang kumasuki dan rumah yang kutinggalkan. Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah aku keluar rumah, serta kepada-Nya aku berserah diri"
 
16. Do'a Melepas Pakaian
"Bismillaahiiladzi laa illaaha ilallahuu" Artinya : "Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain-Nya"
 
17. Do'a Sebelum Tidur.
"Bismikallaahumma ahyaa wa amuut" Artinya : "Dengan nama-Mu yaa Allah, hidupku dan matiku"

Do'a Seputar Ibadah

Disini do'a-do'a yang kami himpun adalah do'a-do'a sepurtar ibadah anda.

1.     Do'a-do'a berwudhu
a.     Do'a sebelum wudhu
"" Artinya : "Tuhan, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan setan-setan, dan aku berlindung kepada-Mu dari kehadiran mereka"
 
b.     Do'a membasuh telapak tangan
"" Artinya : "Yaa Allah, aku memohon kepada-Mu keberuntungan dan keberkatan, dan aku berlindung kepada-Mu dari kesialan dan kebinasaan"
 
c.     Do'a berkumur
"" Artinya : "Yaa Allah, tolonglah aku sehingga aku bisa membaca kitab-Mu (Al Qur'an) dan bisa banyak mengingat-Mu, teguhkanlan aku dengan kata-kata yang kukuh di dunia dan di akhirat"
 
d.     Do'a membasuh muka
"" Artinya : "Yaa Allah, cerahkanlah wajahku dengan cahaya-Mu pada hari ketika Engkau mencerahkan wajah-wajah para wali-Mu, dan janganlah hitamkan wajahku pada hari ketika Engkau menghitamkan wajah-wajah para musuh-Mu"
 
e.     Do'a ketika membasuh tangan kanan
"" Artinya : "Yaa Allah, berikanlah catatan amalku pada tangan kananku dan hisablah aku dengan ringan"
 
f.      Do'a ketika membasuh tangan kiri
"" Artinya : "Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari diberi catatan amal pada tangan kiriku atau belakang punggungku."
 
g.     Do'a ketika mengusap kepala
"" Artinya : "Yaa Allah, lindungilah aku dengan rahmat-Mu, turunkanlah kepadaku keberkatan-Mu, dan tempatkanlah aku dibawah lindungan arasy-Mu pada hari ketika tiada naungan kecuali naungan-Mu. Yaa Allah haramkanlah rambut dan dagingku dari neraka"
 
h.     Do'a ketika mengusap telinga
"" Artinya : "Yaa Allah, jadikanlah aku diantara mereka (orang) yang mendengarkan perkataan dan mengikuti yang terbaik. Ya Allah mampukanlah aku mendengar seruan para penyeru surga dan bersama para saleh di surga"
 
i.       Do'a mencuci kaki kanan
"" Artinya : "Yaa Allah, kukuhkanlah kakiku dijalan yang lurus bersama-sama dengan kaki hamba-hamba-Mu yang saleh"
 
j.      Do'a mencuci kaki kiri
k.     Do'a sesudah wudhu
"Asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syarika lahu wa asyhadu anna muhammadan 'abduhu warasuuluhu. Allaahummaj'alni minattawwaabina. waj'alni minal mutathahirina wajalni min'ibadikash shaalihina" Artinya : "Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang menyekutukan bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlan aku orang yang ahli taubat dan jadikanlah aku orang yang suci dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang shaleh"
 
2.     Do'a-doa Shalat

a.     Do'a setelah mendengar Adzan
"Allaahumma rabba haadzihid da'watit taammati wash shalaatil qaaimati aati Muhammadanil wa shilata walfadhilata wab'ats hu maqaamam mahmuudanil ladzi wa'adtahu" Artinya : "Yaa Allah, Tuhan yang mempunyai seruan yang sempurna dan shalat yang ditegakkan ini, berikanlah dengan limpah karunia-Mu kepada Nabi Muhammad kedudukan dan keutamaan (paling tinggi) dan limpahkanlah kepadanya tempat yang terpuji yang telah engkau janjikan"(H.R. Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)
 
b.     Do'a pergi ke Masjid
"Allaahummaj'al fi qalbi nuuran wa fi lisaani nuuran waj'al fi sam'i nuuran waj'al fi bashari nuuran waj'al min khalfi nuuran wa min amaami nuuran waj'al min fauqihi nuuran wa min tahti nuuran. Allaahumma a'thini nuuran" Artinya : "Yaa Allah, jadikanlah dalam nur, dalam lisanku nur, jadikanlah dalam pendengaranku nur,dan dalam penglihatanku nur. Jadikanlah dari belakangku dan dari depanku nur. Jadikanlah dari atasku dan dari bawahku nur. Yaa Allah berilah aku nur tersebut"
 
c.     Do'a masuk Masjid
"Allaahummaftah li abwaaba rahmatika" Artinya : "Yaa Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu."
 
d.     Do'a Keluar Masjid
"Allaahumma inni as aluka ,im fadhlika" Artinya : "Yaa Allah aku memohon kepada-Mu karunia-Mu"
 
e.     Do'a sebelum shalat
"Rabbi a'udzubika min hamazaatisy syayaathini wa a'udzubika rabbi ay yahdhurun" Artinya : "Yaa, Allah, aku berlindung kepada-Mu dari gangguan setan dan aku berlindung kepada-Mu dari kedatangan mereka"
 
f.      Do'a Sujud terakhir sebelum salam
"Allahumma innaa na'uudzubika min adzaabil qabri wama 'uudan bika min fitnatil-dajjaali, wana'uudzubika min ditnatilmahyaa wal mamaati. Allahumma innaa na'uudzubika minal ma'tsami wal maghrami" Artinya : "Yaa Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Engkau dari adzab kubur dan kami berlindung kepada Engkau dari gangguan dajjal, dan kami berlindung kepada Engkau dari tipu daya hidup dan kematian. Yaa Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Engkau dari berbagai sumber dosa dan kesukaran hidup"
 
Do'a-do'a dalam keadaan tertentu
Disini akan anda temui do'a do'a lainnya......!!!

1.     Suami, Istri, anak dan orang tua
a.     Ucapan suami kepada istri dimalam pengantin

"Allahuma inni as-aluka khaira khairama jabaltaha 'alaiha. Wa a'udzu bika min syarriha wa syarrima jabaltaha 'alaihi"
artinya :
"Wahai Tuhanku, aku mohon kepada-Mu kebajikannya dan kebajikan tabiatnya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan tabiatnya"
 
b.     Untuk suami istri yangmandul

"Bismillahir rahmanir rahimi. Rabbi la tadzarni fardan wa anta khairul waritsina"
Artinya :
"Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris Yang paling baik"
 
c.     Untuk merukunkan kembali suami istri yang akan bercerai

"Wa alqaitu 'alaika mahabbatan minni wa litushna'a 'ala 'aini"
Artinya :
"Aku jatuhkan padamu rasa kecintaan dariku dan agar diperbuat oleh kamu atas mataku"
 
d.     Dianugrahi Istri dan anak yang shaleh

"Rabbana hab lana min azwajina wa dzuriyyatina qurrata a'yunin waj'alna lil muttaqina limaman"

Artinya :
"Tuhan kami, karuniakanlah kepada kami dari istri-istri kami dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa " (QS. Al-Furqan : 74)
 
e.     Agar anaknya menjadi orang yang berilmu

"Allahummaj'alni wa auladi wa dzurriyyati min ahlil' khairi wa la taj'alni wa iyyahummin ahlis su-i wa ahlidh-dgairi warzuqni wa iyyahum 'ilman nafi'an wa rizqan wa si'an wa khuluqan hasanan wattaufiqa lith-tha'ati wa fahman nabiyyina"
artinya :
"Ya Allah, jadikanlah aku, anak-anakku, dan keluargaku termasuk dari golongan orang yang baik. Dan janganlah Engkau jadikan aku serta mereka dalam golongan orang yang jahat, dan orang yang membuat mudharat. berilah rezeki kepadaku dan kepada mereka berupa ilmu yang bermanfaat, rezeki yang lapang, budi pekerti yang baik, pertolongan untuk taat, dan kepahaman mengenai para nabi"
 
f.      Untuk kedua orang tua

"Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani shaghiran"
Artinya :
"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, kasihanilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil"
 


Read more...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...